Thursday, January 21, 2010

Taman Negara Merapoh, Sg Relau, PHG

Cuti hujung minggu kat Taman Negara Sg Relau, Merapoh, Pahang. Tuju jalan ke Gua Musang, berdepan dengan stesen keretapi Merapoh belok ke kanan 7km kedalam. Ada beberapa chalet dan kawasan perkhemahan yang besar disini.







Sungai di kawasan campsite..sesuai tuk mandi manda..Air jernih tapi sejuk. Ke atas lagi ada jambatan..boleh buang roti tuk tengok ikan kelah, sebarau datang makan. Bila time makan, loceng akan dibunyikan dan pellet ditabur..masa tu boleh tengok ikan2 datang serbu..Meleleh la air liur memana pemancing tegar..almaklumlah tgk ikan sebarau, kelah yang besar 2kg lebih..



Kenderaan 4WD disediakan tuk ke Kuala Juram, 11km ke base camp permulaan bagi pendaki2 Gunung Tahan. Di Kuala Juram ni ada santuari kelah..

Bila loceng dibunyikan, ikan2 kelah dari lubuk belah kanan tu merebut2 naik ke atas, melawan arus tuk makan..Cuba tengok betul2..nampak tak kelibat ikan kelah tu? Disini ikan kelah species merah..tertarik tgk ikan2 tu datang beratus2 berebut sampai lupa nak amik video..memang sesuatu yg menyeronokkan..Kalau ada goggle lagi seronok tgk dari dalam air..ikan besar2 datang menerpa. Ada bumbun tempat melihat binatang.. ada disediakan tempat tidur katil bertingkat tuk sesiapa yg ingin bermalam. Ada kawasan bergaram berdekatan..rimau, beruang, pacat pun besar dan panjang disini!





Di menara tinjau Bukit Seraya, dihari yg terang bolah nampak puncak Gunung Tahan (dibelakang, dibalik kabus). Pendakian Gunung Tahan dari Merapoh dan turun semula ke Merapoh mengambil masa 4 hari gitu.



Di kawasan dewan makan, ada tempat rehat dimana ikan kelah, lampam dsb ada di akuarium. Sambil menjamu cokodok dan kuaci boleh tengok ikan2 ni melayan arus..

Tak pun boleh mandi manda dan bermain air..







3 comments:

izue said...

huhu..best kan tmpt tu,
last year sy ade pegi jugak. tp mmg tuk pnjt gunung tahan la. dah turun, baru dpt tgk ikan n gi mandi2 kt sungai...

Hjh Zae said...

Salam Cik Rozita,

Actually I tgh googled Taman Negara Merapoh. Nak cari info pasal ikan kelah for my hubby punya video. Tiba2 I ternampak gbr my hubby (Roslan from TV3) on the 4wheel tuh. Boleh I copy paste to my blog.

Rozita said...

sila2..no problem nyer..